Strategi ini dibuat untuk menguruskan aktiviti harian anda dengan lebih cekap dan efektif.
5 TABIAT YANG BOLEH MENINGKATKAN PRODUKTIVITI KERJA ANDA ;
1) ‘2 MINUTES RULE’
Tak semua tugasan yang anda lakukan, perlukan masa yang lama untuk diselesaikan. Asingkan tugasan besar dan tugasan kecil. Siapkan dulu tugasan-tugasan yang kecil ini. Buat cepat-cepat dan jangan tangguh-tangguh. Inilah yang dinamakan ‘2 minute rule‘, banyak perkara dapat diselesaikan jika anda ikut peraturan ini.
Jika sesuatu tugasan itu anda boleh selesaikan kurang 2 minit , lakukan sekarang! Selepas itu, baru selesaikan tugasan-tugasan yang besar. Akhirnya, anda sendiri yang rasa seronok dan mudah untuk bekerja. Stress pun dapat dikurangkan.
2) JANGAN TUNGGU HARI AHAD UNTUK ISNIN
Pernah tak anda rasa MALAS atau TAKUT nak pergi kerja pada keesokkan harinya?
Simpton ini berlaku kerana kebanyakkan orang dah mula lepak, santai-santai pada petang Jumaat.
Simpton ini berlaku kerana kebanyakkan orang dah mula lepak, santai-santai pada petang Jumaat.
Sebelum balik rumah, cuba ambil sedikit masa buat persediaan untuk hari Isnin minggu seterusnya. Fikirkan apa tugasan yang perlu anda lakukan sebaik sahaja anda tiba di pejabat. Dengan cara ini, anda akan lebih bersemangat untuk bekerja dan lebih produktif untuk sepanjang hari.
3) SEMAK EMEL ANDA 3 KALI SEHARI
Tugasan ini juga sangat penting, pastikan anda TETAPKAN MASA untuk semak setiap emel tersebut.
Contohnya;
Anda boleh semak emel pada pukul 9 pagi, 12 tengah hari, dan 2 petang. Elakkan buka emel peribadi semasa kerja, anda akan hilang fokus.
Ikut jadual ini sehingga anda sudah biasa dan jadikan tabiat. Jangan ambil terlalu banyak masa untuk semak setiap emel, jika ada terlalu banyak emel tetapkan 1 atau 2 jam untuk semak satu per satu.
4) SENARAIKAN SEMUA TUGASAN ANDA DALAM SATU KERTAS
Ini adalah tabiat paling penting yang perlu anda biasakan dalam pengurusan kerja. Senaraikan semua tugasan anda mengikut keutamaan, dari paling tinggi hingga paling rendah. Tak perlu terlalu lengkap berapa jam perlu disiapkan, pukul berapa perlu mula buat, atau siapa yang perlu buat. Anda hanya perlu senaraikan apa tugasan yang perlu disiapkan untuk setiap hari.
Dengan cara ini, anda akan lebih mudah uruskan tugasan untuk waktu sekarang dan akan datang.
5) SIMPAN SMARTPHONE ANDA KETIKA BEKERJA
Jangan lupa untuk simpan smartphone anda ketika bekerja. Walaupun kadang-kadang smartphone boleh mambantu memudahkan kerja anda, ia lebih banyak mengganggu kerja anda. Jika anda asyik selalu check Facebook, SMS, atau Whatsapp ia akan mengurangkan produktiviti kerja anda.
Jadikannya sebagai tabiat supaya anda sentiasa fokus dan konsisten semasa melakukan sesuatu kerja.
Ini hanya beberapa tips yang anda boleh amalkan ketika bekerja.
Selamat beramal!
P/S: Jika tulisan ini bermanfaat untuk anda sila LIKE dan SHARE dengan seramai mungkin kenalan anda.
Like & Share DIARI KERJAYA di FACEBOOK.
Sumber : mrtengkuasmadi.com
No comments:
Post a Comment