5 TIP KERJAYA UNTUK GENERASI MUDA - DIARI KERJAYA

Breaking

Join Channel Telegram @diarikerjaya

Tuesday, January 3, 2017

5 TIP KERJAYA UNTUK GENERASI MUDA


5 TIP KERJAYA UNTUK GENERASI MUDA

Berikut adalah tip kerjaya untuk generasi muda supaya boleh digunakan untuk meningkatkan tahap kerjaya dan membina masa hadapan yang cemerlang:

1. TAHU APA KEKUATAN ANDA & KEJAR CITA-CITA

Ambil masa untuk mengenali kekuatan dan kelemahan anda kemudian tumpukan ke arah kerjaya yang anda sukai berdasarkan ciri-ciri tersebut. Dengan mengenali diri anda sendiri akan meletakkan anda lebih kehadapan berbanding orang lain yang berada di tahap kerjaya yang sama. Selain dari mengenali diri, pastikan kerjaya yang anda pilih berdasarkan apa yang anda suka dan minat.
Kata Ian C. Read:
“Peluang anda untuk berjaya di bidang yang anda suka dan minat dengan mendalam lebih tinggi dari peluang di bidang yang anda tidak gemari atau dipaksa untuk memilih. Saya tahu saya gemarkan angka dan kira-kira, oleh kerana itu saya memilih kerjaya dalam bidang audit”
2. LUASKAN PENGALAMAN DARI HARI PERTAMA

Ianya bagus jika anda menjadi pakar dalam satu bidang, tetapi anda lebih digalakkan untuk mempelajari kemahiran lain dan meluaskan pengalaman anda sejak dari mula lagi. Selain daripada memberi nilai yang lebih tinggi untuk syarikat anda, ia akan memudahkan perjalanan anda untuk mencapai kedudukan yang lebih tinggi.
Kata Ian C. Read:
“Walaupun kemahiran saya merupakan audit dan kira-kira, saya mengambil inisiatif untuk tahu tentang perkara kewangan dan operasi. Kemudian, saya mencabar diri saya untuk menguasai perkara-perkara berkaitan pengurusan.”
3. BERANI UNTUK MENGAMBIL RISIKO

Kata Ian C. Read:
“Ambil risiko kerana pada umur yang muda, kegagalan tidak memberi impak yang terlalu dalam dalam hidup anda.”
Sebagai contoh, tawarkan diri anda untuk melakukan tugasan yang orang lain berat untuk melakukannya. Bukan sahaja tugasan itu susah dan berisiko tinggi tetapi jika anda berjaya melakukannya, ganjaran lumayan menanti anda"
4. PILIHAN KERJAYA ANDA PADA PERMULAAN TIDAK MENGHADKAN PELUANG MASA HADAPAN ANDA

Ketika anda baru memulakan kerjaya, beranikan diri untuk mencuba pelbagai pilihan kerjaya. Jangan abaikan kerjaya yang anda suka hanya kerana anda fikir ia tidak selari dengan apa yang anda fikir untuk masa hadapan anda. Melakukan pelbagai tugasan di peringkat awal dalam tahap kerjaya anda akan mempunyai impak positif di masa hadapan.
Kata Ian C. Read:
“Saya memilih untuk pergi ke jabatan audit dalaman walaupun pada waktu itu, ia kelihatan seperti satu keputusan yang gila kerana jabatan itu jauh menyimpang untuk seseorang yang mahukan jawatan pengurusan tinggi. Tetapi, dari jabatan itu saya dapat mengetahui pelbagai maklumat dalaman operasi syarikat Pfizer di serata dunia dan saya gunakan maklumat tersebut untuk melatih diri saya. Lihat, hari ini saya merupakan CEO untuk syarikat ini.”
5. DAN PALING PENTING: ANDA YANG MENENTUKAN PILIHAN MASA HADAPAN ANDA

Kata Ian C. Read:
“Apa sahaja kerjaya yang anda pilih, ia terletak di tangan anda untuk membentuk dan menentukan status anda dalam kerjaya tersebut. Syarikat atau orang lain tidak akan melakukannya untuk anda. Membina kerjaya anda merupakan tanggungjawab anda.”
sumber : bantu.my

No comments:

Post a Comment